my song

Tuesday 7 June 2016

Pocrescophobia??

 
Assalamualaikum...
Hari ini, terlintas di fikiran untuk menulis tentang salah satu fobia yang sering melanda terutama bagi kaum wanita iaitu Pocrescophobia. Ianya merupakan fobia di mana seseorang itu berasa takut untuk menambah berat badan. Hal ini kerana penambahan berat badan walaupun sedikit mungkin akan menjadikan seseorang itu berasa gemuk dan malu dengan penampilan diri.




Fobia ini seringkali dikaitkan dengan faktor pengaruh rakan. Sebagai contoh, seseorang individu yang sering diejek atau diketawakan oleh rakan-rakan disebabkan saiz badan, akan mula berasa rendah diri dan ingin mengubah penampilan. Proses menguruskan badan yang sering diambil ialah proses yang akan memberi kesan drastic atau mengejut. Walaupun seseorang individu telah berjaya menguruskan badan walaupun dengan cara yang merbahaya, dia seringkali merasakan dirinya masih gemuk dan masih terus cuba untuk mengurangkan berat badan.

 
 
Individu yang mengalami Pocrescophobia ini akan sanggup menahan lapar dan mengelakkan dari memakan sebarang makanan agar tidak bertambah berat badannya. Terdapat kajian yang dijalankan di luar Negara untuk mengurangkan masalah ini yang sering timbul dalam kalangan remaja perempuan di luar Negara. Kajian ini melibatkan ibu bapa remaja tersebut di mana mereka diberi nasihat dan cara menguruskan masalah remaja sebegini. Antara cara yang digunakan ialah kaunseling. Kajian telah menunjukkan peningkatan dan pemulihan remaja-remaja tersebut dalam masalah ini. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peranan masyarakat untuk sedar dan mengambil tahu berkaitan masalah ini terutama kedua ibu bapa yang merupakan orang terdekat dengan remaja-remaja tersebut.



Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan remaja perempuan mengalami masalah ini dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang diingini dan ingin menjadi cantik. Walaubagaimanapun, kaum lelaki juga tidak lari dari mengalami masalah ini walaupun sebilangan kecil sahaja berbanding kaum perempuan. Faktor dominannya juga adalah sama iaitu faktor pengaruh rakan. Masalah ini amatlah bahaya kerana ianyan boleh menyebabkan kematian seseorang individu disebabkan kekurangan makanan yang sekaligus menyebabkan kekurangan keperluan untuk kehidupan yang sihat.



Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada saya. Jika ingin mengetahui lebih lagi mengenai masalah ini, bolehlah melawat ke laman sesawang lain seperti di bawah ini:


http://mostcommonphobias.com/pocrescophobia-fear-phobia-gaining-weight/
http://www.phobiasource.com/pocrescophobia-fear-of-gaining-weight/